Monday, August 12, 2013

mimpi di libas ekor ular

sering kali saya terfkir, saya kne qadha solat fardu yg saya tinggalkan. nak di kira tapi ta terhingga. nak di qadha ta terbuatnya sebab banyak sangat tp cuba utk sedaya upaya mengantikannya sebanyak mana yg boleh.

azab kubur bg yg meninggalkan solat akan di palu oleh Malaikat dan seekor ular. Allah juga menghantar sejenis ular untuk menyeksanya yang bernama (syuja'ul aqra') yang diutus khas oleh Allah untuk menyeksa mereka yang meninggalkan solat dengan sengaja..dikatakan dalam kitab2..ular ini panjang taringnya ialah sehari perjalanan.. dan sekali disengat / dipalu..hancur seluruh tubuh hingga tenggelam 70 hasta..selepas itu ular itu akan memasukkan kukunya ke bumi dan mengeluarkannya kembali; kemudian dipukul lagi. Mereka itu sentiasa dalam pukulan ular itu sehingga hari kiamat.ya Allah,aku berlindung dengan Allah dari azabMu..

okey, nak jadikan cerita, mlm tu tertido dan ta solat lg..ingt nak bngn awal then solat trs sbb mata ngantuk giler dan malas pun yer jugak ( mengaku je la kan) n mlm tu mimpi ular,,( mmg geli gan ular nie...) ntah camner, ekor ular tu libas kat pipi..Ya Allah sakit yer rasa...terasa libasan tu sangat perlahan tapi sakitnya smpi terjg tido dan still terasa even dah bngn.. time tu rasa Ya Allah, sakit yer..nie baru dalam mimpi.. kalo aq mati agak2 kalo kena palu mesti lagi sakit dari ape yg aq rasa sekarang. terus nak tido takut sbb takut kne libas lagi. dan-dan time tu jugak bangun solat. Itu baru kena palu belum kena dihimpit dalam kubur sampai berselisih tulang. Allahuakbar. takut bile memikirkannya. Terima kasih Allah kerana masih sayangkan aq. 



"Wahai hamba-hamba-Ku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri! Janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sungguh, Dialah Yang Maha Pengampun, Maha Penyayang."

Az-Zumar : 53



"Ya Tuhan kami, janganlah Engkau condongkan hati kami kepada kesesatan setelah Engkau berikan petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami rahmat dari sisi-Mu, sesungguhnya Engkau Maha Pemberi."


Al-Imran : 8


Rasulullah saw selalu membaca doa ini dalam solat, iaitu ketika selepas tahiyyat akhir, sebelum memberi salam.

No comments:

Post a Comment