Tuesday, November 5, 2013

ost - love you mr arrogant

im not good when it comes to express my feeling.
pernah jadi ta pd korang bile ta rasa ape2 pd laki nie tp menaggis bile teringat pada dia..
rasa rindu nak jmp..klo boleh rasa dpt tngk dia skjp pun ta pe.
but hati korang ta rasa ape2..
pelik kan..

thats happen to me.
klo boleh nak jmp dia tp bile kat dpn dia wat biasa je.
dlm hati Allah je yg tahu.
dari ta berckp mule2 trs berckp dan berkongsi rahsia.
and the end still ta rasa ape2 kat hati ni tp yg pelik yer menanggis sbb nak berjmp dgn dia.
klo sehari dia ta msk ofis rasa lain je.rs missing..
and skrng nie, dia ada familly issue and might resign.
and its gonna be my last chance to see him tomorrow..either he will be in or not..
im sccared to sleep coz i never know either im gonna see him or not.
seriusly he is nice guy.
we have commom in certain things.
dia boleh baca ape yg muke i tnjuk.how i miss him..
its too late for me rite to appreciate and tell him that i like him..
its too late already. he will leaving...
why in this few months so many memories you gave me?
i cried since i know you coz i scared to lost you and now you going to leave me...

what in my mind rite know, i want to ask him to marry me and we will handle ur pblm together.
so you would not get headache and worried.
i want to take care of him. be with him for the rest of my life.
bukan senng nak jmp laki cam tu.. and now his gone.
pd Allah jugak aq pasarah..jika jodoh kami, insya Allah ta kan kemana..klo bukan, terima la..
redha.
every single spot in office remain me of him.
how he smile and laugh. ohhh...i miss him.
wish if i can say to him how much i miss him. how badly i want to be with him.
but it just in my heart.

find this song from ost - love you mr arrogant.
this is for you.
http://www.youtube.com/watch?v=odN-P5mexx4

Monday, August 12, 2013

mimpi di libas ekor ular

sering kali saya terfkir, saya kne qadha solat fardu yg saya tinggalkan. nak di kira tapi ta terhingga. nak di qadha ta terbuatnya sebab banyak sangat tp cuba utk sedaya upaya mengantikannya sebanyak mana yg boleh.

azab kubur bg yg meninggalkan solat akan di palu oleh Malaikat dan seekor ular. Allah juga menghantar sejenis ular untuk menyeksanya yang bernama (syuja'ul aqra') yang diutus khas oleh Allah untuk menyeksa mereka yang meninggalkan solat dengan sengaja..dikatakan dalam kitab2..ular ini panjang taringnya ialah sehari perjalanan.. dan sekali disengat / dipalu..hancur seluruh tubuh hingga tenggelam 70 hasta..selepas itu ular itu akan memasukkan kukunya ke bumi dan mengeluarkannya kembali; kemudian dipukul lagi. Mereka itu sentiasa dalam pukulan ular itu sehingga hari kiamat.ya Allah,aku berlindung dengan Allah dari azabMu..

okey, nak jadikan cerita, mlm tu tertido dan ta solat lg..ingt nak bngn awal then solat trs sbb mata ngantuk giler dan malas pun yer jugak ( mengaku je la kan) n mlm tu mimpi ular,,( mmg geli gan ular nie...) ntah camner, ekor ular tu libas kat pipi..Ya Allah sakit yer rasa...terasa libasan tu sangat perlahan tapi sakitnya smpi terjg tido dan still terasa even dah bngn.. time tu rasa Ya Allah, sakit yer..nie baru dalam mimpi.. kalo aq mati agak2 kalo kena palu mesti lagi sakit dari ape yg aq rasa sekarang. terus nak tido takut sbb takut kne libas lagi. dan-dan time tu jugak bangun solat. Itu baru kena palu belum kena dihimpit dalam kubur sampai berselisih tulang. Allahuakbar. takut bile memikirkannya. Terima kasih Allah kerana masih sayangkan aq. 



"Wahai hamba-hamba-Ku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri! Janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sungguh, Dialah Yang Maha Pengampun, Maha Penyayang."

Az-Zumar : 53



"Ya Tuhan kami, janganlah Engkau condongkan hati kami kepada kesesatan setelah Engkau berikan petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami rahmat dari sisi-Mu, sesungguhnya Engkau Maha Pemberi."


Al-Imran : 8


Rasulullah saw selalu membaca doa ini dalam solat, iaitu ketika selepas tahiyyat akhir, sebelum memberi salam.

Saturday, August 10, 2013

tinggal solat subuh..

sure rmi yg sllu solat subuh gajah kan (btl ke solat gajah, ke ada name lain ).okey, ta kisah la pape pun.time student dulu solat gajah mmg popular gan student (ta semua wat cam tu) sbb stay up nak study, nak xam..bile tido lambat bngn pun lambat..tp bile fikir2 balik, elok ke wat cam tu. Allah terima ke solat kite ni ??? seperti yg sy baca, solat kite akan dibawa ke 7 lapisan langit. kalo la lapisan langit pertama pun ta lps, mcmne la nak lps ke lapisan ke 7. Allahurabbi.. 

kadang2 korang perasan ta, bile tertinggal/meninggalkan solat subuh, rasa cam hidup ni ta lengkap, rasa cam sume bnda ta kena, wat ni salah, wat tu pun salah.erm..mmg rasa serba ta lengkap la..cam korang pakai bju kurung wrna kuning pas tu tudung wrna hijau..hahaha.. sure rasa cam ta kena kan, malu gan sume orng sbb pelik. haa..cam tu la kita bila tingal solat subuh. Bukan malu gan manusia tp malu gan Allah. 

pada saya, bila tinggal je solat subuh, saya rasa hidup saya serba ta lengkap. rasa cam missing something. sbb pd saya la, solat subuh itulah permulaan kepada hari saya. sempurna nye solat subuh saya, sempurna la hari2 saya. dosa tinggal satu solat same cam  

1 hri d'akhirat = 80 000 thn di dunia

Allahuakbar... panas di dunia blm tentu kite blh tahan, ini kan lagi panas di akhirat. tahukan kamu, bahan pembakar di neraka adalah manusia..tinggal sekali solat subuh, dah di campak ke api nerakan selama 60 tahun. tu baru sekali. blm kira dengan seblm2 ni yg sengaja tinggal. Ya Allah. 

kesian la pada ayah awak, lagi2 perempuan yg masih bujang. Ayah awak pun kne tanggung sekali dosa awak. cukup2 la dosa yg kite tanggung sendri, jgn la pulak di tambh. kite sebut kite sayang pd mereka tp btl ke cara yg kite tnjukkan pd mereka. fikir-fikir kan lah.

jika umur mereka tidak panjang, hanya amalan anak soleh/solehah yg mampu tolong mereka di dalam kubur selain sedekah dan ilmu yg di turunkan. roh2 yg lain seronok bw cahaya (amalan dari anak2) ke kubur, mereka pula di lempar dengan api oleh malaikat hasil dari anak yg meninggalkan solat. Ya Allah, di dunia mereka cukup sayang dengan kite, ini ke balasan kite pd mereka??


Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Apabila seorang manusia mati, putuslah (tulisan pahala) amalan (setakat itu) Kecuali tiga perkara (yang akan berlanjutan tulisan pahalanya) iaitu sedekah jariah atau ilmu memberi kepada yang faedah orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya."



Friday, August 9, 2013

saya masih jahil

Tulisan yg sangat menyentuh hati.. sungguh jahil yer saya.. 


Seringkali aku merasakan bahawa aku sudah cukup baik dalam meniti kehidupan ini. Namun, ternyata sangkaan itu tersangat tidak benar. Tersasar jauh. Malah diri ini sebenarnya tak cukup baik seperti yang aku sangkakan.. Astargfirullah Al'azim..


Sungguh, diri ini terlalu jahil. Tersalah erti atau mungkin tidak memahami dengan tepat dengan 'apa itu dengan meletakkan ALLAH di puncak teratas. Ya, aku akui aku jahil. Jahil kerana tidak memahami istilah itu. Menyatakan telah meletakkan ALLAH sebagai yang teratas dalam kehidupan sekadar ikutan dan bukan atas kefahaman.

Malah, sekadar menyatakan tanpa beramal dengannya. Sedih bukan? Apalah ertinya hidup ini andai tidak meletakkan ALLAH di puncak tertinggi dalam kehidupan. Sungguh, hingga saat menitiskan air jernih ini, aku masih menyesali akan waktu yang terbuang. Kembali terfikir, tentang makna solatku, hikmah puasaku yang serasanya tidak mencegah aku dari kemaksiatan dan perkara lagha. Ya ALLAH, ampunilah aku. Sungguh aku hamba yang kufur nikmatMu Ya ALLAH.

Andai saja aku bisa putarkan semula waktu agar dapat aku perbaiki. Namun, itu tidak mungkin akan terjadi. Dulu aku terus leka dan hanyut dengan 'kemeriahan' hidup yang ku kira terlalu indah. Hingga menutup mata hatiku, membisukan kata hatiku lalu memekakkan suara halus desis hatiku yang perlahan. Terus-terusan berbuat kejahatan dan larangan ALLAH. Sungguh aku insaf. Bertaubat dan mahu kembali ke pangkal jalan. Ya ALLAH, jangan Kau biar aku terkapai-kapai lagi. Tuntun hatiku ke jalan yang Kau Redhai Ya ALLAH.

Dulu aku tertanya-tanya bagaimana yang dikatakan mencintai ALLAH melebihi dari mencintai diri sendiri. Malah mencintai lebih dari insan yang kita cintai. Waktu itu aku tahu, bahawa aku perlu meletakkan ALLAH teratas dari segala yang aku ada di dunia ini. Namun, tidak ku tahu bagaimana caranya. Bukan salah ibu bapaku. Mereka sudah mendidikku dengan baik. Namun, aku. Aku sendiri yang bersalah dalam hal ini. Tentang penerimaan aku tentang perihal itu. Aku dihantar ke sekolah agama, namun yang ku pelajari dari perkara Tauhid adalah percaya kewujudan ALLAH dan percaya bahawa dia tempat untuk kita semua sebagai muslim tunduk dan patuh atas setiap suruhan dan laranganNya. Namun, aku sekadar menghadam subjek itu sebagai pegangan, bukan untuk aku mendalami maksud disebaliknya. Sekadar ilmu yang keperoleh, namun sifar dalam mengamalkannya. Astargfirullah..jahilnya aku. Ya ALLAH Semoga kau mengampuni dosa-dosa aku.

Aku terlalu mengambil mudah akan hal ini. Bagiku memakai tudung, solat, puasa, berbuat baik kepada ibu bapaku, tidak menderhaka kepada mereka dan bersedekah itu sudah cukup. Yang ku tahu hanya perlu berpegang kepada Rukun Islam dan Rukun Iman. Tanpa mengamati secara mendalam dan tidak pula aku mengamalknya sesungguh hati. Betapa jahilnya aku sebagai seorang yang dilahirkan beragama Islam. Betapa ceteknya akal dan imanku. Ya ALLAH, kurniakan aku HidayahMu Ya ALLAH.. Dan jangan kau palingkan setelah kau berikannya kepadaku Ya ALLAH.

Saat aku kehilangan cinta yang belum halal itu, baru aku pelajari sesuatu. Baru aku tersedar saat cinta itu pergi. Ya. Benar. Setulus hati aku akui. dari situ barulah aku tersedar dari 'lena' yang cukup panjang. Sedar akan kejahilan aku selama ini, malah tersedar dari kesilapan aku. Saat itu semua terjadi, baru aku tahu, aku leka, lalai malah sering meninggalkan ALLAH. Leka akan keduniaan dan perasaan mencintai dan dicintai. Saat aku kehilangan cinta itu, baru kutahu, aku kehilangannya kerana aku tidak tulus dalam mencintai ALLAH. Tidak tekun dan tertib dalam mencintaNya. Malah tidak setia dalam mentaatiNya. Sungguh Ya ALLAH, aku insaf. Ampuni aku Ya ALLAH. Ampuni aku yang tidak terkira banyaknya dosa-dosaku Ya ALLAH.

Sungguh aku malu denganMu Ya ALLAH. Baru kini aku merasa takut yang sebenar andai Malaikat Maut mencabut nyawaku. Ya ALLAH terimalah taubatku. Tika cinta itu perlahan menjauh, aku sedar, aku menangis meratapinya, namun aku masih belum sedar akan hubunganku dengan Mu Ya ALLAH. Saat itu hubungan antara aku dan ALLAH sangat jauh. Dan di situ aku sedar, ALLAH jauh dari hatiku. Yang dekat hanya cinta dunia yang fana ini. Baru ku tahu dan faham, mengapa hati ini merasa kosong. Jawapanya, kerana aku yang menjauhkan ALLAH dari hati dan hidupku. Ya ALLAH sesungguhnya Kau Maha Pengasih dan Penyayang, Kau tarik aku semula dalam dakapan cintaMu dengan kepergian cinta yang tidak halal itu. Alhamdulillah..

Dengan kesedihan itu aku belajar mentaatimu, dan aku belajar meletakkan Engkau yang teratas dalam hidupku. Kini, baru aku mengerti akan khilafku. Aku kehilangan cinta kerana aku melalaikan cinta yang sepatutnya aku tumpahkan kepadaMu. Ternyata, aku yang bersalah kerana tidak menjaga cinta terhadap Mu dengan sebaiknya. Tidak hairan andai cinta sesama manusia yang aku pernah rasai itu hilang, kerna aku sendiri tidak sebenarnya mencintaiMu Ya ALLAH. Andai ini kifarah dosa silamku, aku redha Ya ALLAH. Hukumlah aku dengan perasaan ingin kembali ke sisiMu Ya ALLAH.

Struggling to be a better Muslimah

Ritu bosan2 dok la search video wardina.. pas tu terjumpa la satu video nie..sngt2 seronok.. Terfikir sudah baik ke aq nie tuk menjadi muslimah yg sejati..kadang2 diri ni pun rapuh..Ya Allah, janganlah kau menarik petunjuk sesudah kau berikan kepada ku Ya Allah..aq sedar aq hambaMu yang lemah lagi hina.

Always remember the mustard seed (biji sawi) ,even its tiny like this, everytime you do good or bad, Allah will reward/punished for watever did. 


Al-Anbiya' ayat 47 : 

"Dan (ingatlah) Kami akan mengadakan neraca timbangan Yang adil untuk(menimbang amal makhluk-makhluk pada) hari kiamat; maka tidak ada diri sesiapa akan teraniaya sedikitpun; dan jika (amalnya) itu seberat biji sawi (sekalipun), nescaya Kami akan mendatangkannya (untuk ditimbang dan dihitung); dan cukuplah Kami sebagai Penghitung"

ini video yer kalo korang nak tngk..



Rahsia Bilal Meninggal dunia Keadaan Bersujud Dikisahkan Isterinya

Dengar cite ta tntg bilal ni meninggal dunia dalam keadaan bersujud.. Ya Allah..terasa layak ke diri aq ni meninggal dalam keadaan cam tu.. seronok bile tngk org meninggal dalam keadaan husnul khatimah.. agak2 aq ni mati dalam keadaan mcmne la yeaa...amalan pun ta seberapa. mcmne nak berdepan gan Allah... 


Alhamdulillah…Muslimat TJ telah menziarahi balu Allahyarham siak surau Tmn Desa Surada pagi tadi.
Satu pertemuan yang cukup menginsafkan, memanggil diri untuk bermuhasabah tentang kehidupan yang telah dikemudi selama ini.
Beberapa mutiara keikhlasan, zuhud & kecintaan kepada Allah dan Rasul yang dapat dikutip dari perkongsian kak Mar (balu) untuk tatapan bersama…
Allahyarham bersara awal pada umur 40an. Sejak itu Beliau bersama-sama bekerja untuk jamaah dan bertugas sebagai siak surau di tmn Desa Surada. Surau itu menjadi rumah kedua malah menurut kak Mar mungkin lebih dari rumahnya sendiri.
Allahyarham seorang yang berpegang kepada kata-kata ustaz dalam ceramah2 & kuliah yang diikutinya.
Oleh kerana itu beliau:
1. Tidak pernah meninggalkan solat berjamaah di surau walaupun hujan beliau tetap ke surau dengan menaiki motor dan berpayung.
2. Sentiasa membaca Al Quran, tidak pernah ketinggalan dalam hari2 kehidupan beliau. Di surau itu lah tpt beliau berjamaah, mengaji dan membersihkan surau.
3. Menyampaikan apa yang didengar ketika kuliah kepada anak-anak dan sentiasa berpesan supaya tidak meninggalkan solat dan mengerjakannya diawal waktu, kalau berkesempatan berjamaah di surau.
4. Berpesan supaya rajin membaca Al Quran kerana kata Allahyarham kepada anak2nya Al Quran ini lah yang akan menemani kita dan membantu kita kelak.
5. Kata beliau lagi jangan sibuk2 harta dunia kerana hanya 3 benda sahaja yang kita bawa bila mati – “ayah tidak ada harta nak infaq, ini lah saja…. ke surau berjamaah, membaca Al Quran, bertugas membersih dan menjaga surau…. (amal soleh…. & insya Allah anak2 beliau yang soleh).
6. Kurang melayan kehendak dunia – tidak suka berjalan jauh2 kerana kata Allahyarham nanti solat jamaah beliau (surau) macamana pula…

Bagaimana ucapan terbaik Hari Raya ini?


" Terdapat riwayat yang datang dari para sahabat radhiyallahu’anhum bahwasanya mereka saling mengucapkan selamat di hari raya dengan ucapan, تقبل الله منا ومنكم “Taqabbalallahu minna wa minkum” (Semoga Allah menerima (amalan) dari kami dan darimu sekalian)"

Salam sayang buat semua. Selamat Hari Raya. Moga kita menjadi insan yang lebih bertaqwa.



Photo: ‎Bagaimana ucapan terbaik Hari Raya ini?

" Terdapat riwayat yang datang dari para sahabat radhiyallahu’anhum bahwasanya mereka saling mengucapkan selamat di hari raya dengan ucapan, تقبل الله منا ومنكم “Taqabbalallahu minna wa minkum” (Semoga Allah menerima (amalan) dari kami dan darimu sekalian)"

Salam sayang buat semua. Selamat Hari Raya. Moga kita menjadi insan yang lebih bertaqwa.‎